AGENDA

Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika Vamco

15 Nov 2020, 2:33 PM
Jabatan Meteorologi keluar nasihat ribut tropika Vamco

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika, Vamco yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

Dalam kenyataannya hari ini, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu kira-kira 1,390 kilometer (km) ke Timur Laut Tumpat, Kelantan.

"Berdasarkan pencerapan pada 8 malam ini, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 315 km ke Barat Laut Danang, Vietnam dan bergerak ke arah Barat Barat Laut dengan kelajuan 15 kilometer sejam (km/j).

Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 65 km/j," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.