ad
AGENSI

Jais, pejabat agama Klang santuni petugas penjara, MPK

13 Nov 2020, 2:34 AM
Jais, pejabat agama Klang santuni petugas penjara, MPK
Jais, pejabat agama Klang santuni petugas penjara, MPK

SHAH ALAM, 13 NOV: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyumbangkan pelitup muka kepada 227 petugas Pusat Koreksional Puncak Alam minggu lalu.

Bantuan melalui Pusat Agama Islam Daerah (Paid) Klang turut membabitkan barangan kering selain makan malam selama tiga hari kepada petugas dan keluarga.

“Pemberian ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban ditanggung petugas barisan hadapan. Mereka bertungkus lumus memerangi pandemik Covid-19,” kata agensi di Facebook.

Jais berkata Paid Klang turut menyumbang set pelindung diri (PPE) serta peralatan pembersihan termasuk cecair pembasmi kuman kepada Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang sentiasa berusaha mengekang penularan virus.

“Seramai 250 kakitangan MPK juga menerima pek sarapan dan makanan tengah hari sebagai tanda sokongan kepada komitmen mereka,” katanya.

[caption id="attachment_449641" align="alignnone" width="764"] Pihak Paid Klang menyerahkan pelitup muka kepada petugas barisan hadapan MPK pada 4 November 2020. Foto Facebook Jais[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.