AGENSI

Selangor kekal tiga angka, 178 kes baharu Covid-19

11 Nov 2020, 3:35 PM
Selangor kekal tiga angka, 178 kes baharu Covid-19
Selangor kekal tiga angka, 178 kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 11 NOV : Kes baharu Covid-19 di Selangor kekal tiga angka dengan 178 kes direkodkan hari ini.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) memaklumkan pertambahan itu menjadi jumlah keseluruhan 6,701 kes.

"Punca kes baharu ini ialah 102 daripada kluster sedia ada, 38 saringan kontak rapat, 36 membabitkan lain-lain saringan dan dua kes import.

"Orang ramai dinasihat terus patuh tatacara operasi piawai (SOP) dengan menjaga penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan cuci tangan dengan kerap,"  katanya menerusi Facebook.

Sementara itu, sebanyak 822 kes baharu dicatatkan di Malaysia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 42,872.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.