AGENSI

PKPB: Polis Klang Utara keluar 472 kompaun langgar SOP

10 Nov 2020, 4:56 AM
PKPB: Polis Klang Utara keluar 472 kompaun langgar SOP

SHAH ALAM, 10 NOV: Ibu Pejabat Polis Klang Utara mengeluarkan 472 kompaun berkaitan pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sepanjang minggu lalu.

Kompaun antara 1 hingga 7 November itu membabitkan pelbagai kesalahan melanggar tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan.

"Polis tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas. Individu didapati bersalah dikenakan kompaun RM1,000.

"Semua pihak diingatkan supaya mengikut SOP serta peraturan ditetapkan. Kerjasama dan kawalan kendiri semua amat penting dalam memerangi pandemik Covid-19," menurut kenyataan di Facebook.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.