ad
AGENSI

KWSP Klang ditutup sehari jalani proses nyahkuman

10 Nov 2020, 12:51 AM
KWSP Klang ditutup sehari jalani proses nyahkuman

KUALA LUMPUR, 10 NOV: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup pejabat dan kaunter cawangan Klang pada hari ini untuk menjalankan kerja-kerja pembasmian kuman dan sanitasi.

Penutupan sehari itu diambil selepas salah seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan.

"Anggota yang mempunyai temu janji di KWSP Klang yang dijadualkan pada 10 November 2020 diminta untuk memasuki kemudahan Janji Temu Online (www.kwsp.gov.my/janjitemu) bagi menjadualkan semula lawatan mereka.

"Cawangan itu akan dibuka semula menjelang 11 November 2020, dari 9 pagi hingga 2 petang," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kakitangan KWSP Klang yang dikenal pasti sebagai kontak rapat telah melalui ujian saringan Covid-19 dan kini menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara.

Semua pekerja lain di cawangan berkenaan juga diarahkan untuk melalui ujian Covid-19.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.