AGENSI

RHB Bank sahkan pekerja cawangan Kajang positif Covid-19

8 Nov 2020, 1:01 AM
RHB Bank sahkan pekerja cawangan Kajang positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 8 NOV: RHB Banking Group (RHB) mengesahkan salah seorang pekerjanya dari cawangan RHB Bank di Kajang, Selangor diuji positif Covid-19 pada 6 November dan kini menjalani kuarantin.

Dalam satu kenyataan semalam, bank itu berkata aktiviti pembersihan dan sanitasi dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Kesihatan.

"RHB turut membantu pihak berkuasa dalam usaha menjejak kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga tambahan, pekerja yang dikenal pasti sebagai kontak rapat dengan pekerja terlibat juga telah diltetapkan agar kuarantin di rumah.

"Kami mengambil semua langkah pencegahan yang diperlukan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, pekerja dan masyarakat kami," katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.