AGENSI

Lawatan pasca banjir MB ke Hulu Langat, santuni mangsa terjejas

7 Nov 2020, 11:17 AM
Lawatan pasca banjir MB ke Hulu Langat, santuni mangsa terjejas
Lawatan pasca banjir MB ke Hulu Langat, santuni mangsa terjejas

HULU LANGAT, 7 NOV: Dato’ Menteri Besar hari ini mengadakan lawatan pasca banjir di Hulu Langat yang dilanda musibah pada 4 November lalu.

Dato' Seri Amirudin Shari bersama isteri, Datin Seri Masdiana Muhamad memulakan sesi lawatan dari Dewan Taman Sri Nanding, di sini ke tiga rumah sekitar taman tersebut dan menyertai petugas Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) membersihkan kediaman keluarga berkenaan serta menyampaikan bekalan makanan asas.

Beliau kemudiannya menuju ke Kolam Air Panas Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 16 bagi meninjau kerja pembersihan dijalankan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Usai tinjauan berkenaan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sungai Tua bergerak ke Dewan MPKK Kampung Batu 16 bagi menyerahkan barangan sama kepada mangsa terjejas di Kampung Batu 16 disumbangkan sukarelawan Team Selangor.

[caption id="attachment_448949" align="aligncenter" width="600"] Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari (kiri) membantu mengangkat peralatan rumah yang dibuang sempena program lawatan pasca banjir di Hulu Langat pada 7 November 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin menamatkan sesi lawatan dengan menziarahi tiga rumah di kampung sama dan menyerahkan barangan keperluan kepada mereka.

Beliau juga meninjau kerja pembersihan yang giat dijalankan komuniti, petugas MPKj serta Team Selangor di sekitar kampung terbabit.

Turut sama dalam lawatan itu, Ahli Parlimen Hulu Langat Datuk Hasanuddin Mohd Yunus; ADN Dusun Tua Edry Faizal Eddy Yusof; Pegawai Daerah Hulu Langat Najmuddin Jemain dan Yang Dipertua MPKj Dato’ Zul-kefli @ Zulkefli Khalid.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.