ad
AGENDA

MB sedia kaji semula nilai bantuan kecemasan bencana

4 Nov 2020, 5:59 AM
MB sedia kaji semula nilai bantuan kecemasan bencana

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerajaan Selangor bersedia mengkaji semula bantuan kecemasan kepada mangsa bencana bagi memastikan jumlahnya sepadan dengan nilai kerugian.

Dato' Menteri Besar berkata perkara tersebut akan diberi perhatian dan ditambah baik melalui jawatankuasa pengurusan bencana kendaliannya.

"Saya turun di Permatang, Felda Suharto dan kawasan Hulu Bernam yang dilanda ribut serta mendapati kerosakan tidak padan dengan nilai bantuan RM500, tetapi jumlah itu mengikut skala diberikan.

"Apabila banjir, air akan masuk ke dalam rumah dan memusnahkan barang penduduk, justeru ia (nilai bantuan) perlu ditambah baik dan dikaji semula," kata Dato' Seri Amirudin Shari pada sidang Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Sementa Dr Daroyah Alwi berhubung cadangan mengkaji semula bantuan kecemasan bencana.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.