AGENDA

RM15 juta laksana 30 projek pemberdayaan komuniti

30 Okt 2020, 11:15 AM
RM15 juta laksana 30 projek pemberdayaan komuniti

SHAH ALAM, 30 OKT: Sebanyak 30 projek pemberdayaan komuniti akan dilaksana Kerajaan Negeri tahun depan dengan peruntukan RM15 juta.

Dato' Menteri Besar berkata RM10 juta diperuntuk untuk skim Ceria, baik pulih kediaman projek perumahan rakyat (RM4.3 juta) dan program pemberdayaan komuniti lain (RM1 juta).

"Kerajaan Negeri tidak menekankan semata-mata pembangunan aspek fizikal, malah pakej rangsangan pembangunan komuniti turut diperkenal.

"Langkah itu bagi membina masyarakat berdaya saing dan harmoni melalui penyediaan kediaman selesa serta persekitaran kehidupan kondusif," kata Dato' Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 di sini hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.