AGENDA

RM1 juta bina kebuk sampah kampung tradisi

30 Okt 2020, 9:45 AM
RM1 juta bina kebuk sampah kampung tradisi

SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM1 juta diperuntuk bagi membina kebuk sampah di kampung tradisi untuk mengawal pembuangan sampah yang boleh memudaratkan rakyat dan alam sekitar.

Dato' Menteri Besar berkata isu longgokan sampah tidak terkawal di kawasan kampung dan pembuangan sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab masih menjadi ancaman terhadap kelestarian alam sekitar.

"Masalah longgokan sampah tidak dikawal mendatangkan bau busuk, sampah berterabur apabila diselongkar haiwan liar yang mencari makanan sehingga masalah lebih serius seperti pencemaran sungai.

"Ini berlaku apabila air sampah dari longgokan sampah memasuki aliran longkang dan memasuki sungai," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini.

Beliau berkata terdapat Loji Rawatan Air (LRA) yang terpaksa ditutup apabila berlaku pencemaran bau ekoran daripada masalah longgokan sampah.

Katanya, penutupan LRA menyebabkan rakyat perlu menghadapi gangguan bekalan air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.