AGENDA

Kursi Menteri Besar Selangor ditubuh, perkasa pendidikan tinggi

30 Okt 2020, 9:27 AM
Kursi Menteri Besar Selangor ditubuh, perkasa pendidikan tinggi

SHAH ALAM, 30 OKT: Sejumlah RM5 juta diperuntuk bagi penubuhan Kursi Profesor yang dinamakan sebagai Kursi Menteri Besar Selangor.

Dato' Menteri Besar berkata usaha bagi memperkasa pengajian tinggi dibuat dengan kerjasama Pemerbadanan Menteri Besar dan Universiti Putra Malaysia.

"Kerajaan Negeri optimis penubuhan kursi ini akan memperkasa pendidikan tinggi Selangor dalam aspek kajian dan penyelidikan ekonomi, kewangan serta keusahawanan," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam Belanjawan Selangor 2021 di sini.

Beliau berkata sebanyak RM8 juta turut diperuntuk kepada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor, manakala RM1 juta bagi program khas Bitara.

Amirudin berkata semua peminjam di bawah Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor turut diberi kemudahan moratorium secara automatik berikutan krisis pandemik Covid-19.

"Moratorium ini diberikan selama enam bulan bermula April yang memanfaatkan 3,991 peminjam dengan jumlah pinjaman RM6 juta," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.