AGENDA

Perkasa Hijrah, Selangor salur pinjaman RM15 juta

30 Okt 2020, 8:56 AM
Perkasa Hijrah, Selangor salur pinjaman RM15 juta

SHAH ALAM, 30 OKT: Bagi terus membantu para peniaga, Kerajaan Negeri di bawah program Hijrah akan menyalurkan peruntukan pinjaman sebanyak RM15 juta.

Dato' Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari berkata ini kerana dengan kadar bayaran balik pinjaman melebihi 70 peratus, Hijrah berjaya menjana dana pusingan untuk menambahkan lagi jumlah pinjaman dan seterusnya meningkatkan bilangan usahawan baharu.

“Sehingga kini, Hijrah berjaya menyalurkan pinjaman sebanyak RM517 juta yang berjaya membantu seramai 53,958 usahawan,” katanya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2021 di sini.

Beliau menegaskan belanjawan kali ini turut menyaksikan penawaran Skim pinjaman Zero to Hero kepada sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan dengan pengecualian dokumen seperti lesen niaga dan sijil SSM.

"Pinjaman ini terbuka kepada rakyat Selangor yang berumur 18 sehingga 60 tahun," katanya.