AGENDA

Covid-19: Kes baharu turun kepada tiga digit, dua kematian

27 Okt 2020, 10:02 AM

SHAH ALAM, 27 OKT: Kes baharu Covid-19 turun kepada tiga digit apabila merekodkan 835 kes hari ini berbanding semalam 1,240 kes menjadikan jumlah keseluruhan 28,640.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Sabah terus mencatat kes tertinggi Covid-19 apabila mencatatkan 410 kes diikuti Negeri Sembilan 155 kes manakala Selangor sebanyak 126 kes.

Ketua pengarah kesihatan berkata seramai 674 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar wad menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh 18,499.

Katanya dua lagi kematian direkodkan menjadikan jumlah korban pandemik itu adalah 238.

"Setakat ini terdapat 89 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.