AGENSI

LZS sumbang makanan asas, bantu petugas kesihatan Klang

23 Okt 2020, 1:40 AM
LZS sumbang makanan asas, bantu petugas kesihatan Klang

SHAH ALAM, 23 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbangkan makanan asas kepada barisan hadapan Pejabat Kesihatan Klang yang terlibat membendung penularan Covid-19.

Ketua Divisyen Operasi Agihan LZS berkata bantuan bernilai RM10,000 bagi meringankan mereka yang tidak sempat membeli barangan keperluan kerana kesibukan tugas.

"Ada terpaksa bekerja 24 jam dan balik malam hingga tidak dapat membeli barang. Atas rasa prihatin,

kita salurkan makanan asas.

"Kita memahami tugas berat dilalui mereka dalam merawat pesakit kes Covid-19 yang semakin meningkat kebelakangan ini," kata Abdul Basith Hamid pada 19 Oktober.

Beliau juga menerima permohonan sama daripada pejabat kesihatan lain dan sumbangan dijangka

disalur dalam masa terdekat.

"Kita berterima kasih kepada pembayar zakat dan rakan LZS atas sumbangan mereka. Kami sebagai pemegang amanah menjalankan tugas menyalurkannya kepada golongan memerlukan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.