AGENSI

PKPB: Tourism Selangor tutup sementara dua taman eko rimba  

14 Okt 2020, 5:07 AM
PKPB: Tourism Selangor tutup sementara dua taman eko rimba  

SHAH ALAM, 14 OKT: Tourism Selangor menutup Taman Eko Rimba Kanching, Rawang dan Taman Eko Rimba Chongkak Park Resort, Hulu Langat kepada orang ramai bermula hari ini hingga 27 Oktober.

Agensi itu dalam kenyataan memaklumkan penutupan sementara lokasi berkenaan selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Kedua-dua taman eko rimba ini akan menyambung semula operasi bermula 28 Oktober.

"Segala kesulitan yang timbul dari notis penutupan sementara ini adalah amat dikesali," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.