AGENSI

Ibu pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ditutup untuk nyahkuman

11 Okt 2020, 1:23 AM
Ibu pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor ditutup untuk nyahkuman

SHAH ALAM, 11 OKT: Bangunan ibu pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) yang menempatkan mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan akan ditutup esok bagi kerja

nyahkuman.

Unit Komunikasi Korporatnya berkata proses sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi pandemik Covid-19.

"Langkah ini juga bagi menjaga keselamatan orang awam yang datang berurusan dan kakitangan yang bertugas di bangunan tersebut.

"Bangunan akan dibuka semula dan beroperasi sepenuhnya kepada orang awam dan peguam mulai 13 Oktober," katanya dalam kenyataan.

Susulan penutupan itu, Jakess memaklumkan semua operasi dan perkhidmatan termasuk prosiding perbicaraan, sebutan kes, majlis sulh dan pendaftaran kes ditangguhkan.

Operasi lain turut ditangguhkan ialan wakalah peguam Syarie, pentadbiran afidavit dan janji temu pengambilan perintah bertulis.

"Mereka yang terlibat dengan penangguhan akan dihubungi mahkamah bagi penetapan tarikh baharu. Segala kesulitan yang timbul akibat penutupan ini amatlah dikesali," kata jabatan itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.