AGENDA

RON95 dan RON97 turun empat sen, diesel satu sen

9 Okt 2020, 9:47 AM
RON95 dan RON97 turun empat sen, diesel satu sen

KUALA LUMPUR, 10 OKT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun empat sen seliter manakala harga diesel turun satu sen seliter bagi tempoh 10 hingga 16 Oktober ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.67, RON97 (RM1.97) dan diesel (RM1.69).

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.