AGENDA

Gangguan bekalan air berjadual di Kuala Selangor pada 13 Oktober

7 Okt 2020, 10:25 AM
Gangguan bekalan air berjadual di Kuala Selangor pada 13 Oktober

SHAH ALAM, 7 OKT: Sebanyak 28 kawasan di wilayah Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air berjadual pada 13 Oktober susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh.

Ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) memaklumkan tindakan itu susulan urusan penggantian injap bermula jam 9.30 pagi.

"Penambahbaikan infrastruktur membolehkan loji beroperasi dengan lebih cekap selain memastikan peralatan dalam keadaan baik.

"Langkah ini juga sebahagian usaha Air Selangor untuk meningkatkan kualiti demi keselesaan pengguna pada masa hadapan," kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Beliau berkata bekalan air dijangka pulih sepenuhnya jam 10 malam, hari yang sama.

Justeru, pengguna yang terjejas dinasihat menyimpan bekalan air dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan.

"Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air berbeza mengikut kawasan bergantung pada jarak lokasi premis pengguna dari LRA serta tekanan pada sistem agihan," kata Elina lagi.

Maklumat lanjut boleh didapati melalui laman sesawang www.airselangor.com, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Berikut kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air:

1. Bagan Tengkorak

2. Jalan Ban Canai

3. Jalan Kunci Air Buang

4. Kampung Ampangan

5. Kampung Haji Razali

6. Kampung Melaka/ Kampung Kilat

7. Kampung Pinang

8. Kampung Seri Tiram Jaya

9. Kampung Sungai Burong 1 Parit 1 – Parit 4

10. Kampung Sungai Kajang

11. Kampung Sungai Tengi Kiri (Pekan Tanjung Karang)

12. Kampung Tok Adam

13. Kampung Ulu Tiram

14. Lorong Bahagia

15. Parit 1 Sungai Burong

16. Seluruh kawasan Sawah Sempadan Blok A – Z

17. Sungai Burong Sawah Parit 1 – Parit 4

18. Sungai Sireh Lorong 1 – 23

19. Taman Desa Jaya

20. Taman Kopema

21. Taman Radin Jaya

22. Taman Sri Bakti

23. Taman Sri Desa

24. Taman Sri Jaya

25. Taman Sri Setia

26. Taman Sri Tanjong

27. Taman Tanjung Karang/ Taman Ria Min/ Taman Ketam

28. Taman Wawasan