AGENDA

Covid-19 catat 287 kes baharu, tertinggi pernah direkod

2 Okt 2020, 9:55 AM
Covid-19 catat 287 kes baharu, tertinggi pernah direkod

SHAH ALAM, 2 OKT: Malaysia mencatatkan 287 kes baharu Covid-19, tertinggi pernah direkodkan sejak penularan virus itu.

Ketua pengarah kesihatan berkata kesemua kes dilaporkan hari ini membabitkan kes tempatan dengan Kedah tertinggi iaitu 129 kes, Sabah (113) dan Selangor (31).

"Dua kluster baharu dikesan di Selangor iaitu Seri Anggerik di Hulu Selangor dan Seri Setia di Gombak. Tiada kematian dilaporkan," kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media hari ini.

Beliau berkata kes baharu itu mengatasi catatan tertinggi 277 kes pada 4 Jun lalu dan jumlah keseluruhan kini meningkat 11,771 dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 1,540.

"Sementara itu jumlah kes sembuh ialah 81 menjadikan jumlah terkumpul 10,095 dan tiada kematian direkodkan hari ini dengan kekal kepada 136.

"Sehingga kini 22 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Semalam negara mencatatkan kes baharu Covid-19 ketiga tertinggi iaitu 260 kes dengan 259 membabitkan penularan tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.