AGENDA

Covid-19 meningkat: Karnival kerjaya Selangor ditangguh

1 Okt 2020, 4:04 PM
Covid-19 meningkat: Karnival kerjaya Selangor ditangguh

SHAH ALAM, 1 OKT: Karnival kerjaya Selangor Mega Job Fair 2020 yang dijadual berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman berkata penangguhan itu susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri ini kepada 2,284 termasuk 13 kes baharu.

"Jumlah kes positif yang semakin meningkat sejak beberapa minggu lalu menimbulkan keresahan banyak pihak.

"Atas nasihat Jabatan Kesihatan Negeri dan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) program itu ditangguhkan," katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Mohd Khairudin merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus membuat persiapan untuk penganjuran karnival itu khususnya JobsMalaysia Negeri Selangor.

Setakat ini, 8,150 pendaftaran secara dalam talian diterima untuk menyertai program yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.