AGENDA

MB ucap selamat menyambut perayaan Kuih Bulan

1 Okt 2020, 5:29 AM
MB ucap selamat menyambut perayaan Kuih Bulan

SHAH ALAM, 1 OKT: Dato' Menteri Besar mengucapkan selamat menyambut perayaan Kuih Bulan dan pesta Tanglung kepada seluruh komuniti Tionghua di Malaysia.

Menerusi ucapan yang disampaikan melalui Facebook, Dato' Seri Amirudin Shari mengingatkan semua untuk kekal mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

"Walaupun ramai di antara kita tidak dapat menghabiskan Festival Pertengahan Musim Luruh dengan keluarga tahun ini kerana pandemik Covid-19, saya percaya bahawa dengan menunjukkan perhatian dan kasih sayang, kita akan berusaha untuk memperkukuhkan hubungan keluarga kita untuk melalui masa-masa yang mencabar ini," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.