ad
SELANGOR

Pasukan 'Junior' juara liga fantasi EPL September, bawa pulang RM500

30 Sep 2020, 1:03 PM
Pasukan 'Junior' juara liga fantasi EPL September, bawa pulang RM500

SHAH ALAM, 30 SEPT: Pasukan 'Junior' menjuarai Liga Premier Fantasi (FPL) Menteri Besar Selangor untuk bulan ini apabila berjaya mengumpul 256 mata keseluruhan.

Kemenangan diumumkan menerusi Twitter FPLMBSelangor yang meminta pasukan yang dikelolakan Shao Jun Tan menghubungi penganjur pertandingan untuk menuntut hadiah kemenangan.

Berdasarkan kedudukan pasukan yang dikongsi penganjur, pasukan `Junior' menduduki tempat pertama diikuti naib juara `Ikan Baung'  (255 mata) dan tempat ketiga 'Boyz_Macho' (250 mata).

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato Seri Amirudin Shari mengajak peminat bola sepak menyertai FPL anjurannya.

Pertandingan tersebut menawarkan hadiah wang tunai RM500 untuk juara bulanan. Juara keseluruhan di penghujung musim bakal membawa pulang wang tunai RM2,500.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.