AGENDA

PKPDB pentadbiran di empat daerah di Sabah hingga 12 Oktober

28 Sep 2020, 7:58 AM
PKPDB pentadbiran di empat daerah di Sabah hingga 12 Oktober

SHAH ALAM, 28 SEPT: Empat daerah di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran mulai tengah malam ini hingga 12 Oktober.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daerah terlibat ialah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna membabitkan 962,661 penduduk.

"Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan manakala pelawat tidak dibenarkan masuk.

"Semua aktiviti perniagaan juga dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan, pangkalan perubatan asas dibuka dan semula laluan keluar masuk ditutup," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata agensi penguat kuasa antaranya polis dan tentera turut ditempatkan di kawasan terlibat bagi memastikan arahan tersebut dipatuhi.

"Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari Kementerian Kesihatan serta mematuhi arahan pihak berkuasa," katanya lagi.

Sebarang bantuan boleh hubungi talian khas ibu pejabat polis daerah seperti berikut:

Lahad Datu : 089-881255

Tawau : 089-752222

Kunak : 089-851222

Semporna : 089-782020

PKPDB dilaksana bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar sepanjang tempoh 14 hari.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.