AGENDA

TNB dapat kelulusan lesen untuk tujuh stesen janakuasa

25 Sep 2020, 2:16 PM
TNB dapat kelulusan lesen untuk tujuh stesen janakuasa

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Tenaga Nasional Bhd telah mendapat kelulusan bagi permohonan TNB Power Generation Sdn Bhd (TPGSB) membabitkan lesen penjanaan baharu untuk tujuh stesen janakuasa yang akan dipegang oleh TPGSB susulan cadangan penyusunan semula dalamannya.

"Suruhanjaya Tenaga menerusi surat bertarikh 24 September 2020, memaklumkan bahawa Menteri Tenaga dan Sumber Asli telah meluluskan permohonan TPGSB bagi lesen penjanaan baharu untuk tujuh stesen janakuasa," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia di sini, hari ini.

Kelulusan itu tertakluk kepada langkah TPGSB meningkatkan modal terbitan dan berbayarnya sehingga sekurang-kurangnya dua peratus daripada nilai aset stesen janakuasa itu dalam tempoh enam bulan dari tarikh pengeluaran lesen tersebut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.