AGENSI

Kes Covid-19 di Selangor meningkat tiga kes

24 Sep 2020, 2:11 PM
Kes Covid-19 di Selangor meningkat tiga kes
Kes Covid-19 di Selangor meningkat tiga kes
Kes Covid-19 di Selangor meningkat tiga kes

SHAH ALAM, 24 SEPT: Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat kepada tiga kes hari ini berbanding dua semalam, menurut Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC).

Jelas pasukan tersebut, dua kes merupakan jangkitan tempatan yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah manakala satu kes import melibatkan bukan warganegara dari Indonesia.

"Tiga kes baharu dilaporkan di Selangor pada hari ini dan jumlah keseluruhan kes di Selangor meningkat kepada 2,220. Dua jangkitan tempatan dikesan melibatkan warganegara Malaysia yang mempunyai rekod perjalanan terkini ke Sabah.

"Malaysia pula mencatatkan 71 kes baru yang melibatkan 69 jangkitan tempatan," katanya menerusi Facebook.

Sementara itu data Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS) menunjukkan pertambahan kes baharu menjadikan enam kes aktif direkodkan di Selangor iaitu masing-masing dua kes di Hulu Langat dan Petaling manakala Gombak dan Klang masing-masing satu kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.