AGENSI

Kerajaan Negeri bersungguh tangani Covid-19, 70 kali tiada penularan tempatan

19 Sep 2020, 10:04 AM
Kerajaan Negeri bersungguh tangani Covid-19, 70 kali tiada penularan tempatan
Kerajaan Negeri bersungguh tangani Covid-19, 70 kali tiada penularan tempatan

AMPANG, 19 SEPT: Selangor merekodkan 70 kali tiada penularan tempatan bagi kes Covid-19 dan kerja keras Kerajaan Negeri terbukti dengan keputusan positif.

Dato' Menteri Besar berkata perkembangan tersebut baik untuk negeri ini yang pernah mencatat kes positif paling tinggi dalam negara termasuk dengan kawasan majoriti zon merah dan zon kuning.

"Dengan langkah tambahan diambil untuk mengatasinya, akhirnya Selangor berjaya menerusi 70 kali tiada jangkitan tempatan. Malah kita juga menjadi negeri pertama menubuhkan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) dan melakukan saringan percuma kepada lebih 20,000 penduduk khususnya golongan berisiko," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_439414" align="aligncenter" width="577"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama penerima ketika Majlis Penyerahan Mooncake Sempena Perayaan Mid-Autumn Mooncake di Pusat Membeli-belah Spectrum, Ampang pada 19 September 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perasmian Festival Mid Autumn Ampang di Pusat Beli Belah Spectrum di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan sebanyak 690 kuih bulan berperisa Durian Musang King diagihkan kepada pengunjung termasuk warga emas.

Sehingga semalam, Selangor merekodkan jumlah terkumpul 2,205 kes Covid-19 dan hanya Sepang berada dalam zon kuning berikutan terdapat satu kes aktif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.