AGENDA

Covid-19: Malaysia rekod 62 kes baharu, 26 sembuh

16 Sep 2020, 9:05 AM
Covid-19: Malaysia rekod 62 kes baharu, 26 sembuh
Covid-19: Malaysia rekod 62 kes baharu, 26 sembuh

SHAH ALAM, 16 SEPT: Sebanyak 62 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini dengan 61 membabitkan jangkitan dalam negara dan satu kes import, kata ketua pengarah kesihatan

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara kini 10,031 dengan 668 sedang kes aktif sedang dirawat di hospital.

"Jumlah pesakit sembuh hari ini ialah 26, tiada kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kematian kekal 128," katanya di Facebook.

Beliau berkata sebanyak 15 kes positif dirawat di ICU, tiga perlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan kes tertinggi direkodkan di Sabah iaitu 60 kes termasuk 48 daripada kluster Benteng LD dengan empat kes petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu.

Kedah dan Pulau Pinang masing-masing satu kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.