AGENDA

Pameran kartun digital tampil 116 karya minggu depan

13 Sep 2020, 1:00 AM
Pameran kartun digital tampil 116 karya minggu depan

SHAH ALAM, 13 SEPT: Galeri Craftora bakal melangsungkan pameran kartun digital berkaitan Covid-19 antara 16 hingga 23 September depan.

Bertema 'Impak Covid Terhadap Kebebasan Bersuara', acara berkenaan menampilkan 29 kartunis terkenal termasuk kartunis antarabangsa, Zunar selain pameran 116 karya seni.

Kartunis lain yang turut menyertai acara berkenaan antaranya Amin Landak, Haili, Jonos, Azmie Taha, Ain, Rossem, Susan Loone, Ieda Mazlan, Gandum dan Johnny.

Pameran itu hasil kerjasama Craftora, Zunar, Malaysia Reform Initiative (MARI), United State Agency for International Development (USAID), Kedutaan Amerika Syarikat dan Persatuan Pendidikan Hujjah Ehsan.

Beberapa aktiviti lain turut dirancang termasuk melukis secara langsung, lukisan karikatur, bengkel melukis kartun dan forum yang dijalankan pada hari berbeza.

Orang ramai yang berminat untuk menjadikan wajah dijadikan karikatur boleh menghantar gambar di https://tinyurl.com/covidxpandemic

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.