AGENDA

Air Selangor guna semua medium salur maklumat bekalan air

5 Sep 2020, 12:49 AM
Air Selangor guna semua medium salur maklumat bekalan air

SHAH ALAM, 5 SEPT: Maklumat gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah akan dikemas kini dari semasa ke semasa melalui media sosial, kata Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua komunikasi korporatnya berkata informasi disalur melalui Twitter, Facebook dan Instagram serta laman sesawang www.airselangor.com.

“Pengguna digalak memuat turun aplikasi Air Selangor di Google Play atau Apps Store untuk mendapatkan maklumat terkini bekalan air. Pengguna juga diminta tidak menyebarkan berita tidak sahih,” kata Elina Baseri dalam kenyataan.

Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang yang dihenti tugas susulan pencemaran Sungai Selangor kelmarin, beroperasi semula pada jam 10.30 malam tadi.

Ekoran itu, bekalan air 1.2 juta pemegang akaun wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat terjejas.

Air Selangor menambah pili awam dan Pusat Khidmat Setempat (PKS) dari masa ke semasa yang beroperasi selama 24 jam bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan air.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.