AGENDA

Petrol RON95 dan RON97 turun satu sen, diesel tidak berubah

4 Sep 2020, 11:18 AM
Petrol RON95 dan RON97 turun satu sen, diesel tidak berubah

KUALA LUMPUR, 4 SEPT: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun satu sen, manakala diesel tidak berubah bagi tempoh 5 hingga 11 September.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan kepada harga mingguan runcit bagi produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baru seliter bagi RON95 ialah RM1.71, RON97 (RM2.01) dan diesel (RM1.78)

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan tersebut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.