AGENSI

Penjawat awam perlu ambil iktibar kes tular di Sungai Buloh

2 Sep 2020, 4:31 AM
Penjawat awam perlu ambil iktibar kes tular di Sungai Buloh
Penjawat awam perlu ambil iktibar kes tular di Sungai Buloh

SHAH ALAM, 2 SEPT: Penjawat awam dinasihatkan mengambil iktibar daripada kejadian tidak diingini yang tular di Sungai Buloh pada awal Ogos lalu, kata pegawai daerah Petaling.

Johary Anuar berkata justeru, golongan berkenaan perlu mengelak terlibat dalam segala aktiviti tidak sihat terutama gejala rasuah.

Katanya, ia juga selaras dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj supaya semua penjawat awam perlu menjauhi amalan salah guna kuasa.

[caption id="attachment_435116" align="alignright" width="401"] Pegawai Daerah Petaling, Johary Anuar. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI[/caption]

"Kita perlu ambil pengajaran dengan kes di Sungai Buloh melibatkan kakitangan awam baru-baru ini, daripada kes itu pelbagai tohmahan diterima.

"Oleh itu, kita perlu mengelak budaya kerja tidak profesional, sebaliknya terus mengamalkan budaya kerja cemerlang," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran Pejabat Daerah Petaling, hari ini.

Pada 15 Ogos lalu, sembilan pegawai dan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) termasuk seorang berpangkat ketua jabatan digantung tugas setelah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan itu susulan aktiviti rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di sekitar Sungai Buloh sejak isu berkenaan tular pada 8 Ogos lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.