AGENDA

Covid-19: 109 kontak rapat kes Hospital Kem Terendak disaring

29 Ogos 2020, 10:54 AM
Covid-19: 109 kontak rapat kes Hospital Kem Terendak disaring

SHAH ALAM, 29 OGOS: Seramai 109 individu dikenal pasti setakat ini sebagai kontak rapat kepada tiga kes Covid-19 di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata kesemua yang terlibat sudah disaring dan sedang menunggu keputusan ujian.

"Bagi kontak rapat yang dikenal pasti, mereka diberi Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah manakala individu dengan gejala jangkitan saluran pernafasan teruk dirujuk ke hospital untuk isolasi dan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, tiga kes penularan tempatan Covid-19 dikesan di hospital berkenaan membabitkan pesakit yang mendapat rawatan di situ pada 24 Ogos lalu. Mereka ialah dua pesakit awam dan seorang anggota tentera.

Ketika ini kawalan pantas dibuat melalui pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) Kawalan Jangkitan Peringkat Hospital bagi siasatan dan pengesanan kontak rapat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.