AGENDA

Harga RON95, 97 naik satu sen

28 Ogos 2020, 10:49 AM
Harga RON95, 97 naik satu sen

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik satu sen manakala diesel turun dua sen bagi tempoh 29 Ogos hingga 4 September ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 adalah RM1.72, RON97 (RM2.02) dan diesel (RM1.78).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.