ad
AGENDA

Selangor antara negeri contoh tambah baik khidmat Mahkamah Syariah

13 Ogos 2020, 6:53 AM
Selangor antara negeri contoh tambah baik khidmat Mahkamah Syariah

SHAH ALAM, 13 OGOS: Selangor antara empat negeri contoh giat menambah baik perkhidmatan Mahkamah Syariah dengan pelbagai inisiatif berbentuk inovasi.

Menteri hal ehwal agama berkata ia termasuk e-Bicara, e-Faraid, Program Perceraian Fast Track, Program Sifar Kes Tertunggak dan Tatacara Akses Segera E-Syariah (e-Siap), lapor Astro Awani.

"Berkenaan tempoh penyelesaian sesuatu kes di Mahkamah Syariah, ia bergantung kepada pelbagai faktor sama ada dari mahkamah, peguam mahupun pihak dalam kes itu sendiri.

"Usaha proaktif dilakukan Mahkamah Syariah melalui penguatkuasaan arahan amalan, kaedah Mahkamah Syariah dan tatacara operasi piawai (SOP) bagi memastikan setiap kes diselesaikan dalam tempoh munasabah," kata Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Dewan Rakyat hari ini.

Turut tersenarai sebagai negeri contoh ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang dan Terengganu.

Antara inisiatif diperkenalkan Mahkamah Syariah Selangor sejak 2014 ialah kaunter khas ‘fast track’ yang menyelesaikan kes cerai dalam tempoh enam jam, kaedah hakam serta bicara waktu malam.

Badan itu turut melancarkan perbicaraan kes dalam talian susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Mac lalu serta menggunakan Kit Mahkamah Bergerak bagi kes luar mahkamah.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.