ad
SELANGOR

Polis Selangor buat 1,531 operasi judi, tangkap 3,523 orang

11 Ogos 2020, 9:57 AM
Polis Selangor buat 1,531 operasi judi, tangkap 3,523 orang

SHAH ALAM, 11 OGOS: Sebanyak 1,531 operasi bagi membanteras kegiatan judi dilakukan Polis Selangor dengan tangkapan seramai 3,523 orang sejak awal tahun ini hingga semalam.

Ketuanya Datuk Noor Azam Jamaludin berkata hasil serbuan itu wang tunai RM537,016 berjaya dirampas serta pelbagai peralatan perjudian seperti komputer, komputer riba, telefon bimbit dan beberapa barangan lain.

"Serbuan membabitkan 916 kes judi ekor haram, judi dalam talian (500), judi dalam bangunan (51), judi pusat panggilan (34), catat taruh (21) dan judi luar bangunan (sembilan).

" Polis Selangor tekad melaksanakan operasi ini berterusan walaupun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan," katanya memetik Sinar Harian.

Mengulas mengenai modus operandi kegiatan tersebut, Noor Azam berkata ia beroperasi secara curi-curi dengan diawasi kamera litar tertutup.

"Bagaimanapun, setiap aduan yang kita terima akan tetap diambil tindakan dan tangkapan," kata beliau.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.