AGENDA

Harga RON95 dan RON97 turun 5 sen, diesel turun 4 sen

7 Ogos 2020, 11:09 AM
Harga RON95 dan RON97 turun 5 sen, diesel turun 4 sen

KUALA LUMPUR, 7 OGOS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen manakala diesel turun empat sen bagi tempoh 8 hingga 14 Ogos 2020.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.63, RON97 (RM1.93) dan diesel RM1.79.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.