AGENSI

Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kerinci selesai

7 Ogos 2020, 4:22 AM
Kerja pembaikan paip pecah di Jalan Kerinci selesai

SHAH ALAM, 7 OGOS: Kerja pembaikan paip pecah yang menyebabkan 50 kawasan di Petaling terjejas selesai jam 10 pagi tadi, kata ketua komunikasi korporat Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Elina Baseri berkata kerja paip pecah di persimpangan Jalan Kerinci, Bukit Angkasa itu berjaya disiapkan lebih awal berbanding jangkaan pada jam 12 tengah hari ini.

"Bekalan air sudah mula disalurkan kesemua kawasan terjejas di Petaling dan ia dijangka pulih sepenuhnya pada jam 4 petang nanti.

"Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan air melalui lori tangki akan terus digerakkan bagi membantu pengguna," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Senarai kawasan terjejas gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

1. Taman OUG

2. Bukit OUG

3. Taman Perindustrian OUG

4. Taman Bukit Indah

5. Taman Nam Fong

6. Taman Tan Yew Lai

7. Pusat Perniagaan Kinrara & Apartment Lavender

8. Taman Kinrara

9. Taman Lucky Puchong

10. Taman Pandyan

11. Taman Kanagapuram (Seksyen 18 PJ)

12. Seputeh

13. Taman Halimahton

14. Taman Bukit Desa

15. Taman Lee Yan Lian

16. Petaling Bahagia

17. Taman Bukit Indah

18. Taman Desa

19. Taman Angkasa Puchong

20. Taman Puchong Indah

21. Gasing Indah

22. Jalan Klang Lama Batu 3 hingga 8

23. Taman Seri Sentosa:

24. Taman Kandan

25. Kuarters JKR Batu 6 1/2 Puchong

26. Kem TUDM Kinrara

27. Taman Park Siong

28. PJ New Town

29. PJ Old Town

30. Seksyen 1 hingga Seksyen 8 PJ

31. Seksyen 9 -13 PJ

32. Seksyen 52

33. Jalan Gasing

34. Jalan Tandang

35. Jalan Kilang

36. Lorong Asrama Pantai Dalam

37. Kampung Pasir

38. Kampung Dato Tatah

39. Pantai Dalam

40. Pantai Hill Park

41. Pantai Permai

42. Angkasapuri

43. Kerinchi

44. KL Gate Way Kerinchi

45. Rumah Pangsa PKNS Pantai Dalam

46. Seksyen 22, PJ

47. Seksyen 14, PJ

48. Seksyen 51A

49. SS9

50. Sebahagian SS9A

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.