AGENDA

Letupan Beirut: Gabenor anggar kerosakan hingga RM20.97 bilion

5 Ogos 2020, 10:23 AM
Letupan Beirut: Gabenor anggar kerosakan hingga RM20.97 bilion

KAHERAH, 5 OGOS: Gabenor Beirut Marwan Abboud menganggarkan jumlah kerosakan akibat letupan di pelabuhan bandar itu sekitar RM12.58 ke RM20.97 bilion (US$3 ke 5 bilion), lapor agensi berita Sputnik.

Letupan berkenaan menggegarkan bandar itu pada Selasa. Menurut pihak berkuasa, ia disebabkan oleh penyimpanan 2,750 tan metrik ammonium nitrat dengan cara yang salah.

"Anggaran kerosakan antara US$3 dan 5 bilion," kata gabenor seperti yang dipetik oleh penyiar LBCI dan ia berkemungkinan lebih tinggi.

Menurut pegawai itu, ratusan penduduk tidak mempunyai rumah setelah letupan itu.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.