AGENDA

Ketibaan pelancong asing ke Indonesia menurun pada Jun

3 Ogos 2020, 7:21 AM
Ketibaan pelancong asing ke Indonesia menurun pada Jun

JAKARTA, 3 OGOS: Jumlah pelancong asing yang mengunjungi Indonesia mengalami penurunan pada Jun disebabkan penularan wabak Covid-19 yang masih melanda, lapor agensi berita Xinhua.

Agensi Pusat Statistik pada Isnin mengumumkan jumlah kedatangan pelancong asing menurun sebanyak 2.06 peratus kepada 160,300 orang pada Jun.

"Kesan pandemik pada sektor pelancongan sangat mendalam," kata ketua agensi itu, Kecuk Suhariyanto pada sidang media.

Menurut agensi itu, pada Mei kedatangan pelancong asing meningkat 3.10 peratus kepada 163,650 orang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.