AGENSI

405 mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan

1 Ogos 2020, 9:24 AM
405 mangsa banjir ditempatkan di empat pusat pemindahan

SHAH ALAM, 1 OGOS: Seramai 405 mangsa banjir di Sepang ditempatkan ke empat pusat pemindahan sementara bermula semalam, kata ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata mangsa daripada 97 keluarga itu dipindahkan secara berperingkat selepas rumah mereka dinaiki air susulan hujan lebat.

“Semalam 20 lokasi sekitar Sepang, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Selangor mengalami banjir kilat. Berikutan itu lima pusat pemindahan dibuka, tiga di Sepang dan dua di Hulu Langat.

“Bagaimanapun pagi tadi pusat pemindahan di Hulu Langat ditutup. Berikutan peningkatan mangsa satu pusat pemindahan lagi ditambah di Sepang,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Beliau berkata empat pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dewan Orang Ramai Dengkil , Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil dan SRA Ahmad Razali.

Sementara itu, Ahmad Fairuz berkata susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini, pihaknya menyediakan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada semua mangsa di pusat pemindahan.

“Kedudukan khemah juga dijarakkan. Jumlah mangsa setiap pusat turut dihadkan kerana tidak mahu kesesakan berlaku,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.