AGENSI

Bekalan air Gombak pulih 69 peratus

27 Jul 2020, 5:20 AM
Bekalan air Gombak pulih 69 peratus

SHAH ALAM, 27 JULAI: Bekalan air di Gombak yang terjejas susulan paip pecah pulih 69 peratus setakat ini, maklum Pengurusan Air Selangor (Air Selangor).

Ketua Komunikasi Korporatnya Elina Baseri berkata lima kawasan yang masih terjejas ialah Saujana Melawati, Sunway Kayangan, Sunway Melawati, Ukay Prima dan 203 Melawati

"Air Selangor menjangka bekalan pulih sepenuhnya jam 6 petang ini. Bagi kawasan yang masih dalam proses pemulihan, bantuan melalui lori tangki digerakkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Status pemulihan bekalan air dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui media sosial, aplikasi Air Selangor atau laman sesawang www.airselangor.com

Semalam, sebanyak 16 lokasi di Gombak mengalami gangguan bekalan air susulan kejadian paip pecah di Rumah Pam Melawati.

Senarai kawasan terjejas ialah:

1. Taman Melawati

2. Kemensah Residensi

3. Saujana Melawati

4. Sunway Kayangan

5. Sunway Melawati

6. Tiara Kemensah

7. Tropika Kemensah

8. Twin Palm Kemensah

9. Ukay Prima

10. Bukit Melawati

11. Nadayu Melawati

12. Amber Hill

13. Kampung Klang Gate

14. 203 Melawati

15. Zoo Negara

16. Kemensah Heights

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.