AGENDA

Pemain Kuching FA positif Covid-19

24 Jul 2020, 3:01 PM
Pemain Kuching FA positif Covid-19

KUCHING, 24 JULAI: Seorang pemain kelab Kuching FA disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi kelab itu hari ini, pemain berkenaan juga merupakan kakitangan Hospital Sentosa dan diklasifikasikan dari kluster Sentosa.

“Pihak kami sentiasa menekankan kepada kepatuhan dengan setiap tatacara operasi piawai (SOP) kerajaan dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam aktiviti latihan harian kami.

“Justeru, kesemua aktiviti latihan kami diberhentikan sementara waktu selaras dengan panduan dan arahan daripada pihak berkuasa demi keselamatan pemain dan masyarakat,” menurut kenyataan itu.

Kuching FA merupakan naib juara bagi saingan Liga M3 pada 2018 dan kini beraksi dalam saingan Liga Premier 2020.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.