AGENSI

Covid-19: Satu kes di Selangor babit jangkitan import

18 Jul 2020, 11:24 AM
Covid-19: Satu kes di Selangor babit jangkitan import
Covid-19: Satu kes di Selangor babit jangkitan import

SHAH ALAM, 18 JULAI: Selangor mencatat hanya satu kes Covid-19 hari ini berbanding empat direkodkan semalam.

"Kes baharu ini merupakan kes import iaitu pengembara yang pulang dari Indonesia," maklum Bilik Gerakan Negeri Selangor (BGNS).

Perkembangan itu menjadikan jumlah terkumpul kes di negeri ini sebanyak 2,099 daripada keseluruhan 8,764 kes di seluruh negara.

Bilangan kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital pula meningkat kepada 1,888 manakala angka korban akibat pandemik itu kekal 24 orang.

Sepang menjadi satu-satunya daerah di negeri ini yang masih berstatus zon kuning susulan terdapat 12 kes aktif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.