AGENSI

PBT diarah atasi isu bangunan, premis terbiar- MB

16 Jul 2020, 3:55 AM
PBT diarah atasi isu bangunan, premis terbiar- MB

SHAH ALAM, 16 JULAI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah mengambil tindakan tegas kepada pemilik bangunan atau premis terbiar di negeri ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata penguatkuasaan perlu segera diambil bagi mengelak penyebaran penyakit dan menjadi tempat kegiatan tidak berfaedah.

"Berhubung beberapa bangunan terbiar di Hulu Selangor, saya difahamkan ada antaranya milik agensi kerajaan Persekutuan dan bakal diubah suai menjadi kuarters, kelab sukan serta rumah kebajikan.

"Bagaimanapun jika terus dibiarkan tanpa ada perancangan pembangunan, PBT atau pejabat tanah perlu ambil tindakan seperti memberi notis peringatan," katanya menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Batang Kali, Harumaini Omar berhubung isu berkenaan yang mencacatkan pemandangan pada Sidang Dewan Negeri Selangor hari ini.

Berhubung pihak mana bertanggungjawab menyelenggara bangunan terbiar milik kerajaan, Amirudin berkata peruntukan tersebut perlu dipohon agensi terlibat.

"Peruntukan baik pulih perlu dipohon oleh jabatan atau agensi berkaitan kepada perbendaharaan negeri atau persekutuan. Jika diluluskan peruntukan dimasukkan dalam rancangan tahunan, kebiasannya peruntukan perlu dipohon pada Jun atau Julai bagi membolehkan perancangan kewangan dilakukan lebih awal," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.