ad
AGENSI

Dewan Negeri Selangor beri ruang cukup ADN bahas isu rakyat

13 Jul 2020, 8:09 AM
Dewan Negeri Selangor beri ruang cukup ADN bahas isu rakyat
Dewan Negeri Selangor beri ruang cukup ADN bahas isu rakyat

SHAH ALAM, 13 JULAI: Dewan Negeri Selangor (DNS) akan memberi masa secukupnya kepada Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk membahaskan isu rakyat pada persidangan kali ini, kata speakernya.

"Kita tidak akan pendekkan masa untuk mereka (ADN) bercakap, Kerajaan Negeri sudah mengeluarkan belanja agak besar bagi persiapan sidang DNS sejak sebulan lalu.

"Jadi, ADN tidak perlu risau, mereka ada masa secukupnya berbahas dan membawa isu rakyat setempat," kata Ng Suee Lim kepada SelangorKini.

Pada Mac lalu, sidang DNS hanya berlangsung selama dua hari bagi mengekang penularan wabak Covid-19 namun pada sidang kali ini, beliau berkata Kerajaan Negeri mengambil pendekatan dengan melakukan saringan kepada 678 petugas.

"Hanya individu yang disaring serta disahkan negatif dibenarkan menghadirinya dan mereka akan dikenal pasti menerusi mesin pengimbas wajah sebelum masuk ke dewan," katanya.

Pada 7 Julai lalu, Dato' Menteri Besar, pegawai dan petugas media menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memastikan keselamatan serta kelancaran sidang DNS.

Dato' Seri Amirudin Shari sebelum ini berkata Kerajaan Negeri sentiasa berwaspada dengan Covid-19 kerana angka serta fakta menunjukkan lebih separuh kes dijangkiti tidak bergejala tetapi kelompok ini sebenarnya pembawa atau penyebar virus tersebut.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.