AGENDA

Covid-19: Lapan kes baharu dikesan di depot tahanan Sepang

12 Jul 2020, 12:08 PM
Covid-19: Lapan kes baharu dikesan di depot tahanan Sepang

SHAH ALAM, 12 JULAI: Sebanyak lapan kes baharu Covid-19 dilaporkan di Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Sepang dengan keseluruhan 72 kes setakat 12 Jun lalu.

Ketua pengarah kesihatan berkata kesemua kes dikesan hasil saringan ulangan terhadap 115 Orang Kena Tahan yang ditempatkan di Blok C depot tahan itu, Jumaat lalu.

"Kesemua kes kluster membabitkan bukan warganegara yang sememangnya diasingkan dan kini dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, justeru tidak membawa risiko penularan kepada masyarakat," kata Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Sebanyak 1,477 saringan Covid-19 dilaksanakan di DTI Sepang manakala 1,661 disaring di DTI Bukit Jalil yang mencatatkan 649 kes positif.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.