AGENDA

KKM kesan 21 kes Covid-19 dari sampel prapembedahan

11 Jul 2020, 12:34 PM
KKM kesan 21 kes Covid-19 dari sampel prapembedahan

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 21 kes Covid-19 daripada 60,952 sampel prapembedahan di hospital setakat semalam.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata langkah itu merupakan salah satu sistem pengawasan bagi menjejak jangkitan Covid-19 terutama individu tidak bergejala.

"Peratusan kes positif kekal rendah iaitu 0.03 meskipun jumlah pensampelan tinggi menunjukkan

penularan wabak terkawal dalam negara," kata ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sistem tersebut proksi yang bagus untuk menggambarkan penularan Covid-19 serta berupaya mencegah jangkitan dari awal.

"Ini kerana ia meliputi semua kelompok masyarakat dan dijalankan ke atas individu yang tidak bergejala ketika mereka perlu melalui pembedahan kes kecemasan atau separa kecemasan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.