AGENDA

Covid-19: Kadar sembuh 97.9 peratus, Malaysia antara tertinggi

10 Jul 2020, 7:12 AM
Covid-19: Kadar sembuh 97.9 peratus, Malaysia antara tertinggi

SHAH ALAM, 10 JUN: Malaysia berada dalam senarai 53 negara yang mencatatkan kadar kesembuhan melebihi 90 peratus, maklum Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketika ini, Malaysia berada pada kedudukan ke-15 dengan peratusan pesakit pulih sebanyak 8,499 kes atau 97.9 peratus daripada keseluruhan kes.

"Kadar kesembuhan dunia meningkat kepada 56.52 peratus dan Malaysia berada pada kedudukan ke-15 daripada 53 negara yang mempunyai kadar kesembuhan melebihi 90 peratus," tulis KKM di Facebook hari ini.

Semalam, tiada kes jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan dilaporkan. Rekod sama pernah dicatatkan pada 1 Julai lalu.

Setakat ini, Malaysia merekodkan 8,683 kes dengan 63 daripadanya aktif manakala jumlah kematian kekal 121 kes.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.