AGENSI

Jarak wakil rakyat kekal, Dewan Negeri patuh SOP

7 Jul 2020, 7:58 AM
Jarak wakil rakyat kekal, Dewan Negeri patuh SOP
Jarak wakil rakyat kekal, Dewan Negeri patuh SOP

SHAH ALAM, 7 JULAI: Kedudukan 56 wakil rakyat dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) dikekalkan kerana mematuhi penjarakan sosial, maklum speaker.

Ng Suee Lim berkata Jabatan Kesihatan Negeri yang membuat pemeriksaan beberapa hari lalu turut berpuas hati terhadap tatacara operasi piawai (SOP) dewan bagi mencegah penularan Covid-19.

"Jabatan kesihatan memaklumkan tempat duduk Ahli Dewan Negeri tidak perlu diubah kerana jarak sedia ada mematuhi penjarakan sosial.

[caption id="attachment_422126" align="alignright" width="500"] Ng Suee Lim melakukan saringan Covid-19 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 7 Julai 2020. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Saya turut menerangkan SOP yang mesti dipatuhi sepanjang persidangan," katanya kepada pemberita selepas menjalani saringan di perkarangan Bangunan Annex, SUK hari ini.

Terdahulu, seramai 700 individu termasuk Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menjalani saringan Covid-19 sebagai persiapan menghadiri sidang DNS bermula 13 hingga 24 Julai ini.

Turut mengambil bahagian, 56 wakil rakyat, kakitangan DNS dan pengamal media termasuk TV Selangor dan SelangorKini.

Ikuti siaran langsung Pelan Pemulihan Ekonomi Selangor di saluran YouTube selangortv.my pada 13 Julai.

Persidangan DNS juga disiarkan secara langsung di saluran sama.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.