AGENDA

Anwar sedia terima pandangan belia tambah baik demokrasi

3 Jul 2020, 12:00 PM
Anwar sedia terima pandangan belia tambah baik demokrasi
Anwar sedia terima pandangan belia tambah baik demokrasi

SHAH ALAM, 3 JULAI: Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mendengar pandangan belia bagi menambah baik sistem demokrasi menerusi sidang Parlimen Digital.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata beliau menyokong inisiatif berkenaan yang disifatkan sebagai landasan baik bagi mendedahkan belia mengenai fungsi Parlimen dalam menggubal polisi serta undang-undang.

"Kesungguhan dan semangat mereka ini membuktikan sidang Parlimen mampu dilaksanakan meski ketika dilanda pandemik Covid-19," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Beliau berkata sidang ini membuka peluang belia membangkitkan isu-isu semasa serta perkara berkaitan kepentingan orang ramai.

Anwar menambah insiatif berkenaan membuktikan peranan semak imbang menjadi lebih penting tatkala perang ataupun serangan wabak.

Sidang Parlimen Digital berlangsung selama dua hari bermula esok dengan penyertaan 222 belia sebagai ahli Parlimen Digital.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.